Sosej dipotong dua atau anda boleh memotongnya mengikut suka. Enak dinikmati bersama sos atau dimakan begitu sahaja.
Jadi, sekiranya anda kekeringan idea dan ingin sediakan bekal anak dengan pantas bolehlah cuba resepi di bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
- Doh pastri lapis secukupnya
- 1 paket sosej ayam
- 1 biji telur | dipukul kembang
- Bijan hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Canai doh pastri lapis setebal 3mm dan sapukan telur di permukaannya.
- Kemudian letakkan sosej di atas doh tadi dan gulungkan ia sehingga menutupi sosej. Lakukan sehingga habis.
- Seterusnya letakkan di atas tin pembakar dan sekali lagi sapukan telur di bahagian tepi atas doh.
- Setelah itu, taburkan bijan hitam secukupnya.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 200ÂșC selama 25 minit atau sehingga berwarna keperangan.
- Letakkan sosej rol di atas relai dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.
Ulasan
Catat Ulasan