Kuih apam bakar memang sangat sedap. Cara membuatnya ringkas namun sangat enak dimakan panas-panas. Apatah lagi dengan adanya kelapa parut sebagai pelengkap cita rasa.
![]() |
Resipi kuih apam bakar, kuih popular di Kelantan |
Kuih ini popular di Kelantan. Apa kita kita cuba buat apam bakar ini untuk minum petang bersama keluarga. Tentu seronok.
Jom kita lihat resipinya.
KUIH APAM BAKAR
BAHAN-BAHAN
- 1 1/4 cawan air
- 1 cawan nasi
- 1 cawan pisang lenyek
- 1 ulas bawang merah
- 1 batang serai
- 1 cm halia
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 3/4 cawan gula
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 sudu besar yis
- Minyak masak
Resipi ini untuk 4 hingga 5 orang makan.
CARA MEMBUAT
- Dalam mesin pengisar, masukkan air, nasi, pisang lenyek, bawang merah, serai, halia, lada hitam dan gula. Kisar sehingga halus. Ketepikan.
- Dalam mangkuk, masukkan tepung beras dan yis. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau lagi sehingga halus teksturnya.
- Tutup mangkuk dengan plastik. Rehatkan selama 2 jam. Adunan akan jadi kembang.
- Gaulkan adunan tadi.
- Dalam kuali leper, panaskan sedikit minyak masak. Letakkan sesenduk adunan. Biarkan adunan membulat. Tutup kuali. Terbalikkan apam biar masak sekata pada kedua-dua belah.
- Ulang langkah 6 sehingga habis adunan dimasak.
- Hidangkan apam dengan kelapa parut.
![]() |
Biar adunan membulat seperti ini. |
![]() |
Palingkan untuk masak kedua-dua belah. |
Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/zZO3pDAwsdM
Sumber: Samsiah Hj Mat Ali
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi
Ulasan
Catat Ulasan